pengikut aku

Sabtu, 12 Februari 2011

Safiq janji aksi terbaik

BARISAN pemain kebangsaan sudah bersedia untuk menggalas harapan dan impian kira-kira 27.6 juta rakyat Malaysia bagi menjulang Piala Suzuki AFF.
Ikrar itu disuarakan kapten skuad kebangsaan, Mohd Safiq Rahim yang kini menyaksikan rakan-rakannya cukup bersemangat menghadapi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok dengan diiringi puluhan ribu penyokong tempatan.

“Semuanya sudah bersedia cuma menunggu wisel permulaan. Saya berjanji akan memberikan aksi terbaik, terutamanya bagi menggerakkan jentera tengah bersama-sama Amar Rohidan.
“Adalah penting untuk kami bermain agresif untuk mengatasi jentera tengah Indonesia diketuai Firman Utina dan Ahmad Bustomi dan seterusnya mendominasi perlawanan,” katanya.

Menurut Mohd Safiq lagi dia turut mengharapkan rakan sepasukan yang lain dapat mempamerkan rentak dan corak permainan yang sama ketika menewaskan Vietnam 2-0 pada perlawanan separuh akhir pertama sebelum ini.

“Seperti ketika menentang Vietnam, kami memerlukan jaringan dua gol di tempat sendiri bagi memastikan tidak tertekan apabila beraksi di perlawanan akhir kedua di Jakarta pada Rabu depan,” tambahnya. Dia bagaimanapun mengakui turut mempunyai kelemahan sendiri terutamanya apabila mengambil sepakan sudut dan berjanji untuk mengatasinya agar dua penyerang kebangsaan, Mohd Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha dapat membolosi jaring lawan.

Walaupun masih gagal menjaringkan gol, dia tetap berbangga kerana membuka peluang kepada dua jaringan Mohd Safee ketika bertemu Vietnam selain membantu satu jaringan Mohd Amri Yahyah ketika menumbangkan Laos 5-1.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan