pengikut aku

Sabtu, 27 Oktober 2012

GOSIP: apa maksud simbol segitiga atau segi tiga dalam paranormal Activity









Segitiga sebenarnya adalah simbol Celtic lama, mencari sehingga Triquetra. Juga orang-orang garisan di tepi segitiga mewakili elemen, jadi kerana terdapat tiga segi tiga masing-masing dengan tertentu terdapat tiga elemen yang digunakan, dan bulatan di sekeliling ia bermakna keseluruhan (Semua tiga elemen dan Triquetra datang sebagai salah satu). Orang yang mengatakan simbol-simbol untuk memanggil syaitan perlu untuk mendapatkan fakta-fakta mereka lurus. Terbalik bintang telah digunakan dengan cara sebelum kelahiran agama Kristian. Seorang lelaki Perancis yang mahu menjadi paderi menulis buku dan terdiri kisah bagaimana bintang kelihatan seperti kepala kambing supaya ia mesti mewakili syaitan. Sedikit sekali orang tahu terdapat beratus-ratus gereja-gereja di seluruh Eropah yang menggunakan simbol-simbol. 

Bintang itu pada asalnya merupakan simbol untuk lima elemen (Api, Air, Air Bumi dan Roh,) dan telah digunakan cara sebelum agama Kristian pun dicipta, ia adalah simbol bagi perlindungan, tanda "Tuhan adalah menonton atas saya." . Malah paderi di dalam gereja Katolik akan memberitahu anda terbalik bintang bermakna syaitan itu adalah satu pembohongan. Juga lelaki Perancis yang mahu menjadi imam telah dinafikan oleh gereja kerana buku dan dusta. Hollywood serius meniup pembohongan cara simbol yang keluar daripada air. 

Berikut adalah penjelasan saya untuk siri: Movie 1 kepada 4 (Ya ada adalah filem ke-4 sudah keluar)

Nenek dan kultus beliau membuat Perjanjian (Pakatan) Toby lama lalu, Toby yang dalam konteks agama dalam buku-buku kitab purba  dan lain-lain adalah dirujuk sebagai Djinn (Penyelidikan di Google jika berminat), supaya mereka boleh mempunyai semua wang yang mereka mahu dan kewangan yang stabil. Dalam mengembalikan anak sulung mesti dikorbankan, nenek itu tidak berkahwin jadi saya meneka dia pada asalnya berkahwin dengan Toby tetapi tidak pernah menghasilkan anak berkorban tetapi sebaliknya seorang anak perempuan. Sejak nenek tidak pernah mempunyai seorang anak berkorban untuk Toby, dia mahu anak perempuannya untuk mempunyai lebih banyak anak-anak, dengan harapan untuk melahirkan anak, tetapi dia enggan. 

Sekarang sejak kedua-dua nenek dan anaknya tidak melahirkan kepada mana-mana anak-anak sehingga Kristie cucu dan Katie untuk melengkapkan perjanjian itu. Itulah mengapa Kristie adalah mampu untuk melihat Toby dan mahu menjadi rakannya kerana Toby dipilih beliau untuk perkahwinan untuk kosong dia seorang anak berkorban, perkahwinan itu sebenarnya hanya satu upacara ikatan jadi dia telah diberikan tanggungjawab untuk melengkapkan perjanjian itu dan dia tidak adalah sebenarnya akan mengawan dengan Toby. Katie Sebaliknya telah tidak dipilih, dia telah hanya dihantui kerana dia memasuki ke dalam rumah (Almari) Toby itu dan mengganggu dia yang mabuk benar dia off, jadi dia menjadi lebih seorang hamba kepada Toby dan Kristie  untuk hamil anak untuk korban. Jadi, selepas kedua-dua ibu bapa kanak-kanak perempuan mati, saya meneka nenek mengambil Katie dan Kristie dalam dan Toby terpadam semua ada kenangan (Itulah sebabnya mereka tidak boleh ingat zaman kanak-kanak mereka kerana mereka mendapat lebih tua) dan nenek dibakar rumah mereka untuk menutup kematian ibu bapa mereka. 

Begitu pantas ke hadapan, Kristie melahirkan anak (Hunter) dalam Aktiviti Paranormal 2, dia tidak mempunyai ingatan perkahwinannya dengan Toby tetapi Toby masih mengikuti beliau kerana dia dilampirkan kepada beliau kerana perkahwinan mereka.Toby miliki itu Kristie berkorban Hunter, tetapi suaminya melakukan upacara untuk membuang Toby dari rumah dan juga memecahkan ikatan Toby dan Kristie dan memindahkan Toby akan ditempatkan dan dilampirkan kepada ahli keluarga yang lain, yang merupakan Katie. Upacara ini pisses off Toby dan dia mempunyai Katie yang hambanya untuk memulakan dengan, jadi dia mempunyai Katie dan membunuh Kristie dan suaminya dan mengambil pemburu. Katie Saya meneka pengorbanan pemburu dan dalam filem Paranormal Activity 2 Tokyo Malam ia menunjukkan Katie sedang berlari alih oleh seorang wanita Jepun yang Toby melekat dirinya sejak garis darah Katie dan Kristie dan pakatan dipecahkan. Juga anak langkah Katie tidak dilampirkan oleh Toby kerana dia tidak merupakan sebahagian keturunan Katie dan Kristie

INFO: http://translate.googleusercontent.com/translate_c?depth=1&hl=en&langpair=en%7Cms&rurl=translate.google.com.my&u=http://answers.yahoo.com/question/index%3Fqid%3D20111023001851AA2Q5Sv&usg=ALkJrhiQVyYnIBwPBg1c3a3TVkiSrHl3Ng

Sabtu, 1 September 2012

Nabi Muhammad s.a.w paling hebat


daripada


Semasa saya kecil dahulu, sekitar umur 7 atau 8 tahun, ustaz selalu bercerita bahawa nabi yang paling tinggi ialah Nabi Adam a.s,. Dikatakan bahawa tinggi Nabi Adam itu ialah 60 hasta. Ukuran 1 hasta = 1.5 kaki. Bermakna ketinggian baginda ialah 90 kaki, hampir sama tinggi dengan bangunan 10 tingkat.

Kalau mengikut sejarah, ketinggian itu memang relevan dengan manusia di zaman itu. Sebabnya binatang di zaman itu relatifnya bersaiz besar semuanya. Tengok sahaja Dinosour, matanya sahaja sebesar kepala manusia zaman sekarang. Kalaulah kita yang hidup dizaman itu, entah-entah kita menjadi makanannya.

Ustaz itu mengajar lagi bahawa nabi yang paling sabar ialah Nabi Ayub a.s, nabi yang paling kaya dan paling berkuasa ialah nabi Sulaiman a.s, nabi yang paling miskin ialah Nabi Isa a.s dan nabi yang paling cantik ialah Nabi Yusuf a.s.

Banyak lagi kisah nabi-nabi lain yang masih terlekat di dalam kepala saya. Semuanya merupakan cerita tauladan yang patut menjadi pengajaran kepada manusia.   

Kisah kecantikan Nabi Yusuf itu digambarkan sebagai seorang malaikat. Para perempuan yang memandangnya akan merasa khayali dan terpesona sepenuhnya.

Mereka terlupa kepada pisau yang mereka pegang. Dan tanpa disedari, mereka terhiris jari-jari mereka sendiri. Limau yang dipegang, terlepas entah ke mana. Alangkah cantiknya seorang manusia yang bernama Yusuf ini.

Dikhabarkan, umurnya saat itu 18 tahun. Seorang anak muda yang menjadi pujaan hati kepada Siti Zulaika, isteri Al-Aziz, pembesar Mesir pada masa itu.

Bukanlah satu kehairanan mendengar kisah cinta, pujaan & jiwang seperti ini. Pada masa kini pun, ramai wanita berumur yang jatuh hati kepada anak-anak muda untuk dijadikan suami atau pasangan.

Kisah cinta Siti Zulaika tertarik hati kepada Yusuf  kemudiannya menjadi buah mulut yang mengemparkan seluruh kota.  Tambahan lagi, Yusuf itu adalah anak angkatnya sendiri.

Maka kerana itu, Siti Zulaika merancang sebuah permainan psikologi. Dia memanggil para wanita yang mencemuhnya supaya datang ke rumahnya. Diberikan kepada mereka, sebilah pisau dan sebiji limau tiap-riap seorang.

Sedang mereka mengoyak limau itu, maka Siti Zulaika pun segera memanggil Yusuf ke hadapannya. Terlopong mulut para wanita itu melihat kecantikan Yusuf.

Benar-benar cantik, benar-benar lawa, benar-benar segak. Kata orang sekarang, benar-bnar handsome, benar-benar macho.

Mereka segera mengibaratkan Nabi Yusuf itu sebagai seorang malaikat yang indah, lawa dan menakjubkan. Tangan mereka telah terluka akibat hirisan pisau tanpa disedari itu.

Siti Zulaika tersenyum. Dia segera menempelak para wanita pencemuhnya dengan kata-kata sinis seperti berikut.

“KAMU melihatnya hanya sekejap, dan tanganmu telah terluka kerananya. AKU ini telah melihatnya selama bertahun-tahun, janganlah menghina aku kerana jatuh hati kepadanya”

Demikianlah keindahan & kecantikan wajah Nabi Yusuf a.s. Insan yang digambarkan paling cantik, paling lawa, paling mempesona. 

Bila saya bertambah dewasa, saya selalu mengikuti kuliah agama (kami panggil menadah kitab) di Masjid Kg Sokor, Kok Lanas, tempat kelahiran saya. Bertahun-tahun mengali ilmu di situ, akhirnya saya terjumpa satu kata-kata lain tentang KECANTIKAN.

Kata ustaz yang mengajar pada masa itu, nabi yang paling cantik sebenarnya ialah Nabi Muhamad S.A.W.

Nabi Muhamad?

Bagaimana dengan Nabi Yusuf?

Jawapannya begini. Kecantikan Nabi Yusuf itu ibarat cahaya bulan. Semua orang boleh memandangnya dan menikmati kecantikannya. Kecantikan Nabi Muhamad pula ibarat cahaya matahari. Saat baginda memandang  kepada kita, kita tidak sanggup memandangnya kembali. Kekuatan wajah baginda menyebabkan kita tertunduk kalah. Tak sanggup memandangnya.

Demikianlah HEBATNYA wajah Nabi kita, Nabi Muhamad S.A.W.   

Kalau hendak disebut keutamaan Nabi Muhamad terhadap nabi-nabi yang lain, maka penjelasannya dapat difahami seperti berikut. .

NABI ADAM itu sangat hebat kerana pernah menghuni di dalam shurga, tetapi NABI MUHAMAD lebih hebat, kerana shurga sangat merindukannya setiap masa. Pada saat kita berselawat kepada nabi, maka shurga itu gembira keriangan mendengarnya & mengalu-alukan kita masuk ke dalamnya.

Lebih hebat daripada itu, NABI ADAM & SITI HAWA berkahwin di dalam shurga dengan mas kahwinnya kalimah MUHAMADUR RASULULLAH yang tertulis di dalam shurga.

NABI MUSA sangat hebat kerana dapat bercakap dengan tuhan, tetapi NABI MUHAMAD lagi hebat kerana dapat mikraj ke langit bertemu tuhan. NABI MUSA hanya bercakap-cakap dengan Tuhan tetapi tidak pernah melihat tuhan. NABI MUHAMAD pula mendapat kedua-duanya.

Pertemuan itu pula bukan sekali, tetapi sebanyak 9X untuk meminta pengurangan waktu solat dari 50 waktu kepada yang paling minima. Demikianlah hebatnya Nabi kita, Nabi Muhamad S.A.W.    

NABI SULAIMAN itu hebat kerana memiliki kerajaan yang besar dan rakyat yang ramai. Tetapi NABI MUHAMAD itu lebih hebat kerana di atas dunia ini, manusia dan jin seluruhnya menjadi umatnya. Semuanya mesti berada di bawah syariatnya.

Di akhirat pula, NABI MUHAMAD mempunyai telaga khausar yang mesti diminum oleh setiap orang yang layak masuk shurga. Demikianlah besarnya pangkat NABI MUHAMAD di alam dunia & akhirat.

NABI AYUB itu dikenali sebagai nabi yang paling sabar. Baginda diuji dengan kemusnahan tanaman, kematian binatang ternakan, kematian sekaligus 28 orang anaknya dan paling teruk ditimpa penyakit selama 7 tahun berturut-turut.

Akan tetapi NABI MUHAMAD itu lebih sabar

NABI AYUB menghadapi kesusahan itu dalam bentok pribadi, tetapi  NABI MUHAMAD pula terpaksa menghadapi peperangan demi peperangan di dalam menegakkan dakwah Islam.

NABI AYUB hanya mengalami korban harta-benda, nyawa anak-anaknya & ditimpa penyakit sahaja di dalam kesusahan yang dihadapinya, tetapi NABI MUHAMAD lebih teruk dari itu. Bukan setakat kehilangan tanah air, sokongan, rumah tangga, harta benda & nyawa pengikut-pengikutnya, bahkan terpaksa menghadapi boikot, pengusiran & peperangan yang berpanjangan..

Yang menentangnya bukan orang lain, tetapi  bapa saudaranya (Abu Jahal & Abu Lahab), kaum kerabatnya, suku kaumnya dan mereka yang sangat dekat kepadanya.

Bahkan pernah diceritakan di dalam sejarah, bahawa NABI MUHAMAD hampir membunuh dirinya kerana tertekan di dalam usaha dakwahnya. Demikinlah hebatnya tanggungan perasaan yang dihadapi oleh baginda. Tetapi tuhan memberinya kesabaran dan menguatkan pula kesabarannya..

NABI AYUB hanya mengalami kesusahannya selama 7 tahun sahaja, tetapi NABI MUHAMAD selama 23 tahun. Secara matematiknya, 3X ganda lebih teruk kalau menurut ukuran masa. Dalam ukuran-ukuran yang lain, maka NABI MUHAMMAD itu lebih kuat penderitaannya berbanding NABI AYUB.

NABI ISA dikatakan sebagai nabi yang boleh menghidupkan orang mati, tetapi NABI MUHAMAD lebih hebat daripada itu. Baginda boleh bercakap dengan orang mati selepas peristiwa Perang Badar. Baginda juga boleh bercakap dengan unta dan binatang-bintang tenrakan lainnya. Bahkan baginda juga boleh bercakap dengan batang khurma, bahkan dengan batu kriikiil sekali pun.

NABI SALEH pula terkenal dengan mukjizatnya boleh mengeluarkan anak unta daripada batu. Tetapi NABI MUHAMAD lebih hebat daripada itu. Baginda boleh memanggil bulan, kemudian memadatkannya, kemudian membelahnya, dan mengeluarkannya semula dari kedua-dua hujung bajunya. Alangkah hebatnya Nabi kita, Nabi Muhamad S.A.W.

Sebelum saya mengakhiri kisah mengenai keagungan Nabi Muhamad S.A.W, elok anda mendengar sebentar cerita mengenai perjumpaan beberapa orang Hamba Allah dengan baginda nabi di dalam mimpi.    

Kata seorang orang soleh di Indonesia.

“Almarhum Cak Munir, adalah salah seorang yang pernah bermimpi bertemu Nabi  Muhammad SAW. Saya agak lupa ceritanya, apakah dia ikut sholat berjamaah dengan Nabi atau bertemu biasa. Hal ini disampaikan oleh salah seorang sahabatnya, bernama Bang Dedi di dalam suatu media, tidak lama selepas tersebar berita Cak Munir diracun”.

Berkata pula seorang Hamba Allah bernama Nano

“Mimpi bertemu dengan Nabi Muhamad boleh dialami oleh sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Saya juga pernah mengalami hal tersebut. Kejadian bertemu dengan Nabi Muhamad itu berlaku pada bulan Januari 1998. Masa itu bulan puasa. Saya bertemu dengan beliau di padang pasir dan saya menghadap beliau sedangkan di belakangnya ada kabah. Jadi  posisi saya waktu itu ialah menghadap ka’bah

Akhirnya, berkata pula seorang yang bernama N.Shary Riswandy

“Aku juga, pada waktu umurku sekitar 9 tahun. Aku bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad S.A.W.  Waktu itu,  dalam mimpiku, aku sedang berada di sekolah seperti biasanya.  Tiba-tiba angin datang dan berhembus sangat kencang. Muncullah dari atas,  lebih kurang 5 orang dari atas permaidani terbang dan menghampiriku….aku menunduk tanpa berani memandang wajahnya. Aku bertanya ” siapa gerangan engkau ini? ” Lalu sosok lelaki yang berjubah putih dan berjanggut itu menjawab ”, Aku adalah Nabi Muhammad S.A.W ” .Beliau hanya menghampiri dan memandang aku sahaja tanpa berkata apa-apa…..Sampai sekarang,  aku tidak tahu apa maksud dan erti dari semua mimpiku itu?”


daripada http://czain.blogspot.com/2012/07/kehebatan-wajah-rasulullah-saw.html