pengikut aku

Ahad, 13 Februari 2011

Hari tanpa beg plastik


Hari tanpa beg plastik telah dilancarkan di negeri Selangor sejak 2hb Januari 2010. Sejak ia berlangsung, kita terdengar yang positif, mahupun yang negatif.

Walaubagaimanapun, mereka yang berada di kawasan pendalaman yang sebenarnya memerlukan lebih perhatian telah dipinggirkan oleh kita. Mereka yang tidak mengetahui konsep hari tanpa beg plastik ini merasakan hari tanpa beg plastik menjadi beban dalam kehidupan harian.
Kempen hari tanpa beg plastik sepatutnya dilaksanakan di seluruh negara, bukan setakat di peringkat negeri. Jika tidak, orang ramai akan keliru tentang kempen ini dan akhirnya tidak membawa manfaat kepada bumi kita, kerana mereka yang tidak ketahui akan terus menggunakan beg plastik tanpa had.

Adakah kita memahami konsep tentang kempen hari tanpa beg plastik?

Adakah kita hanya tidak gunakan plastik pada hari tersebut tetapi tetap mengamalkan praktis yang tidak lestari?

Sebagai contoh, seorang pengurus memberitahu anak buahnya, jika mereka mengamalkan hari kempen tanpa beg plastik, sudah pasti tiada orang akan membeli-belah kerana beg plastik yang dicaj dua puluh sen itu.

Selain daripada itu, tempat membeli-belah yang menyediakan tong kitar semula tidak digunapakai, tong kitar semula ini tidak diletak barangan boleh kitar semula,  tetapi dipenuhi dengan macam-macam sampah sarap.

Dengan mengurangkan penggunaan plastik, bukan sahaja menolong menentang kesan perubahan iklim, tetapi menyumbangkan kepada kesihatan pengguna.

Walaupun tiada kajian jangka masa panjang yang menunjukkan kebahayaan plastik dan bahan yang dibuat daripada plastik, tetapi kita perlu memahami bahawa plastik adalah dibuat oleh bahan kimia, dan tiada sesiapa yang akan menjamin unsur bahan kimia ini tidak akan meresap keluar, dan ini mungkin satu punca bagi penyakit kronik yang tidak diketahui.

Hari tanpa beg plastik sewajarnya tidak terhad pada tanpa plastik sahaja, tetapi melanjutkannya kepada aspek-aspek yang lain, seperti tidak menggunkan Styrofoam atau polystyrene yang merupakan bahan-bahan yang hanya boleh diguna sekali sahaja.

Tambahan pula, konsep 3R (reuse, reduce, recycle), guna semula, kurangkan dan kitar semula merupakan contoh yang perlu kita amalkan setiap hari, dan bukan sekadar untuk plastik sahaja. Ia perlu merangkumi bahan-bahan dalam kehidupan seharian.

Kerajaan memainkan peranan yang penting dalam promosi kempen hari tanpa beg plastik, dan perlu menegaskan kepada komuniti yang sentiasa dipinggirkan.

Sam Wong Chin Kah
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan