pengikut aku

Ahad, 29 Mei 2011

Seperti di dunia asing...


Seperti di dunia asing...

di kawasan terpencil seluas 117,600 hektar ini menunjukkan tujuh lapisan pembentukan utama muka bumi seperti kek lapis. Ianya terhasil apabila lapisan kasar batuan ini terhakis sepanjang tempoh jutaan tahun, mendedahkan ratusan lapisan batuan pelbagai Keindahan alam ciptaan Allah memang mengagumkan. Kewujudan pelbagai bentuk muka bumi menakjubkan ini sukar untuk dipercayai jika tidak disaksikan sendiri, sehingga kadang-kala terasa seperti berada di dunia lain.
 
Lembah Kering - Antartika
Lembah Kering di Antartika dipercayai lokasi di Bumi yang mempunyai persamaan paling hampir dengan planet Marikh. Landskap yang mengagumkan ini adalah satu-satunya kawasan di Antartika yang tidak menerima taburan salji. Paling menakjubkan, lembah ini mempunyai tasik air masin beku dengan ketebalan ais sehingga beberapa meter.







Pulau Socotra - Laut India
 


Pulau Socotra terpisah jauh dari tanah besar Afrika sejak enam atau tujuh juta tahun lalu dan menjadi habitat 700 spesies unik flora dan fauna termasuk pokok yang masih mempunyai rupa bentuk sama seperti 20 juta tahun lalu.


















Hutan Batu - China
Hutan batu, atau shilin dalam bahasa tempatan, terhasil daripada proses tapisan air di permukaan tanah yang menghakis semua bahagian kecuali terasnya. Ia dikenali sejak zaman Dinasti Ming sebagai Keajaiban Dunia yang Pertama.





Richat - Mauritania
Bentuk muka bumi di Mauritania terletak di barat daya gurun Sahara. Ianya adalah pembentukan luar biasa dengan diameter seluas 48 kilometer dan mampu dilihat dari angkasa lepas. Struktur Richat pada awalnya dianggap terbentuk akibat impak meteor, tetapi kini pakar kaji bumi percaya ia adalah hasil hakisan dan pergerakan lapisan bumi. Namun, punca bentuk bulat struktur ini masih menjadi misteri.



Mata Air Panas Terbang - Amerika Syarikat
Seperti menonton filem fantasi, Mata Air Panas Terbang ini terletak di Nevada, AS. Ianya terjadi apabila air panas di bawah tanah mula terpancur keluar ke permukaan pada 1960-an dengan pancutan setinggi 1.5 meter ke udara.
Goreme - Cappadocia from the Rose Valley






Serombong Pari-Pari - Turki
Landskap di Cappadocia, Turki yang membuatkan anda berasa seperti berada di permukaan bulan ini terbentuk akibat penghakisan berterusan gunung berapi oleh angin dan hujan.





Monumen Kebangsaan Tebing Vermilion - Amerika Syarikat
Landskap lereng curam setinggi 915 meter yang terletak di kawasan terpencil seluas 117,600 hektar ini menunjukkan tujuh lapisan pembentukan utama muka bumi seperti kek lapis. Ianya terhasil apabila lapisan kasar batuan ini terhakis sepanjang tempoh jutaan tahun, mendedahkan ratusan lapisan batuan pelbagai warna.

















sumber : http://www.sinarharian.com.my/

1 ulasan: