pengikut aku

Khamis, 19 Mei 2011

Lima artis paling menawan di korea

Lima artis paling menawan di korea

CANTIK, jelita, menawan - sukar mencari ukuran yang benar-benar tepat mengenainya. Mungkin sebab itu carta wanita tercantik dunia kerap berubah malah berbeza-beza mengikut pihak yang menilainya.
Bercerita tentang orang Korea, komen spontan yang kerap terpacul keluar adalah “artisnya cantik dan kacak bergaya belaka”.
Dan selayaknya sebagai selebriti, mereka sanggup berhabis wang ringgit untuk tampil bergaya. Malah ada yang tidak ragu-ragu ke meja bedah untuk ‘memperbaiki’ rupa wajah.
Berikut senarai lima artis wanita yang kerap membarisi carta selebriti paling cantik di Korea Selatan. Mungkin ada antara anda yang tidak bersetuju dengan senarai ini dan mempunyai nama artis lain yang dirasakan lebih layak menduduki carta.
Namun bak kata pepatah Inggeris beauty is in the eye of the beholder. Masing-masing mempunyai ukuran tersendiri untuk menilai kecantikan seseorang - mungkin kerana kecantikan asli, jenis yang comel, sofistikated atau simple tetapi baik hati.
Apa yang pasti, rupa paras yang jelita sahaja tidak mencukupi kerana kecantikan sebenar bukan hanya pada luaran!

Kim Tae-hee

HEROIN drama Iris dan My Princess ini menjuarai hampir kebanyakan carta artis tercantik Korea atau setidak-tidaknya dalam kedudukan tiga teratas.
Dia memperoleh undian tertinggi mengalahkan 23 artis lain yang disenaraikan untuk dipilih oleh pengarah dan produser drama serta program realiti dari stesen TV utama seperti KBS, MBC dan SBS pada 2007.
Pada 2009, Tae-hee sekali lagi terpilih sebagai selebriti wanita paling cantik menerusi kaji selidik KBS melibatkan 15,222 responden.
Walaupun mencecah 31 tahun, pemegang ijazah Rekaan Fesyen dari Universiti Nasional Seoul ini masih mampu memegang watak pelajar universiti kerana wajahnya yang lebih muda daripada usia.
Senyuman malunya menjadi antara keistimewaan kakak aktor Lee Wan ini. Tidak hairanlah dia menjadi wanita idaman pilihan ramai lelaki Korea termasuk aktor tampan, Song Seung Hun.



Song Hye Kyo

WALAUPUN ‘Korean Wave’ atau gelombang Korea dikatakan bermula dengan drama Winter Sonata, lakonan mantap artis jelita ini bersama aktor antarabangsa, Rain dalam Full House dinobatkan sebagai paling menambat hati para peminat cerita Korea terutama di Asia.
Di China, Jepun, Filipina, Thailand, Singapura bahkan Malaysia - drama itu sudah diulang tayang beberapa kali di beberapa stesen televisyen.
Artis bertubuh kecil comel ini tidak dapat dipinggirkan setiap kali memperkatakan tentang wanita cantik di Korea.
Google sahaja perkataan cantik atau jelita, sudah pasti namanya akan tersenarai dalam hasil carian anda.
Penampilannya dalam drama World Within bergandingan dengan aktor Hyun-bin membibitkan cinta namun difahamkan hubungannya dengan hero Secret Garden itu terputus baru-baru ini.



Yoon Eun-hye

WALAUPUN ramai yang mengatakan kecantikan bekas anggota Baby Vox ini hasil pembedahan plastik, namun dia tetap dianggap antara artis paling menawan di Korea.
Digelar ‘wanita bertuah’ kerana kejayaan hampir semua drama lakonannya daripada Princess Hours, 1st Shop of Coffee Prince, Man in the Vineyard hingga My Fair Lady - mencecah rating tinggi, Eun-hye juga menjadi buruan syarikat ternama untuk menjadi model iklan produk mereka.
Lakonan hebatnya membolehkan dia merangkul anugerah artis wanita terbaik hampir dalam semua drama yang dibintanginya. Manakala penampilan hebatnya pula membuatkannya terpilih antara selebriti paling bergaya termasuk Best Jewellery Lady tahun lalu.




Lee Da-hae

ARTIS cantik yang membesar di Sydney, Australia ini, mula menonjol sejak watak gila-gila yang ditampilkannya dalam drama My Girl.
Berdiri pada ketinggian 170 sentimeter, gadis tinggi lampai ini seperti juga Eun-hye, sering menjadi pilihan syarikat komersial untuk menjadi model produk mereka.
Lakonannya dalam drama hebat Slave Hunter meletakkannya sebaris artis wanita yang mendapat bayaran antara tertinggi di Korea.




Shin Se Kyung

RAMAI peminat perempuan K-pop yang makan hati setiap kali menatap wajah pelakon dan model berusia 21 tahun ini.
Walaupun masih baru dalam dunia hiburan Korea, namanya kini menjadi antara carian tertinggi di Internet.
Sungguhpun memenangi Anugerah Pelakon Baru Terbaik MBC menerusi drama High Kick Through The Roof, bukan lakonannya itu yang menjadi bahan cerita sebaliknya hubungan intim dengan penyanyi utama grup anak muda Shinee, yang mempopularkannya.
Para peminat Shinee nampaknya terpaksa menerima hakikat yang Jonghyun kini sudah berpunya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan