pengikut aku

Jumaat, 2 Ogos 2013

10 permain terbaik sepanjang zaman

10 permain terbaik sepanjang zaman

1.     1.  PELE

Ramai mengatakan Pele tidak diuji dalam liga lebih sukar. Bagaimanapun permain itu di Brazil semestinya boleh dijangka akan cemerlang seperti biasa.  Beraksi sebagai permain tengah dan kadangkala di posisi serangan, Pele jelas memegang status penjaring gol terhebat  sepanjang zaman . Malah keraguan mungkin akan timbul sekiranya ada sesiapa  yang mendakwa telah menjaring beberapa gol yang sama banyak seperti Pele. Pele memimpin Selecao meraih Tiga kejayaan di piala dunia dan masih mengekalkan status penyerang terbanyak untuk skuad kebangsaaan Brazil. Dengan sejumlah 1229 jaringan gol yang direkodkan, Pele mungkin akan berterusan berada dalam senarai ini buat sekian lama. Dia memenangi trofi, menjaringkan gol penting dan tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi utama. Ia wajar untuk mengatakan bahawa Pele adalah Permain terhebat yang pernah  menyinarkan sukan bola sepak.




2. DIEGO MARADONA
Maradona dijulang ramai sebagai permain paling  hebat namun berada di tempat kedua dalam senarai ini. Meskipun kehidupan peribadi Maradona ada kelemahan, tapi di atas padang dia mampu melakukan perkara-perkara yang hanya muncul dalam mimpi. Sebagai Midfielder serangan , Maradaona kerap menyumbangkan gol untuk pasukannya , selain membawa Argentina ke kejayaan Piala Dunia pada tahun 1986. Malah no 10 di Napoli telah direhatkan oleh kelab Italy itu bagi menghargai sumbangan luar biasa Maradona untuk perkembangan mereka. Maradona juga dikatakan telah membuat jaringan gol terhebat dalam sejarah bola sepak, apabila mengelecek hampir kesemua permain England sebelum menjaringkan Gol solo di perlawanan akhir piala dunia 1986. 


3. JOHAN CRUYFF
Cruyff merupakan salah seorang permain terbaik dan bijak dalam permainan bola sepak. Pemikaran hebat Cruyff dalam aspek taktikal amat membantu warga Belanda itu mengatasi permain lawan, malah dia turut memiliki ciri-ciri permain serba boleh. Pencipta ‘total football, Cruyff sememangnya penjaring gol yang prolifik dan menjaringkan banyak gol berkualiti tinggi. Cruyff menukarkan  Barcelona menjadi sebuah pasukan yang ada pada hari ini dan dia juga memenangi 24 trofi sebagai permain. Pemenang tiga kali anugerah Ballon d’Or  dan kejayaan mengumpul 401 gol dari posisi tengah, Cruyff diakui lebih bagus daripada kebanyakkan permain bola sepak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan