pengikut aku

Ahad, 29 Mei 2016

5 TIPS PETIK BUAH / KERJA LADANG AUSTRALIA KHAS UNTUK ANDA.
.
Anda berminat atau merancang untuk bekerja di ladang2 Australia sebagai Pemetik Buah ? BACA SINI.
.
Tips 1
Buat persediaan dari segi kewangan secukupnya. Boleh ambil contoh dibawah sebagai panduan.
a) Duit passport = RM200
b) Duit Tiket = RM1000 ke RM1500
c) Duit Visa = RM40 ke RM60
d) Duit Belanja Sebelum Gaji = 700aud ke 1000aud (RM2200 ke RM3000)
e) Duit Perjalanan di Australia = ??? * bergantung pada plan anda. **
= = = so total kena ada lebih kurang RM3440 ke RM4760. TAK TERMASUK Duit Perjalanan.
.
Tips 2
Pastikan segala Dokumen anda lengkap. SILA CHECK!
a) Passport Antarabangsa. Pastikan belum tamat tempoh.
b) Visa. Pastikan jenis visa yang anda mahu guna & mohon dengan immigresen Australia.*
*TIDAK ADA permit kerja @ visa kerja ladang di Australia untuk Rakyat Malaysia. Namun ada jenis visa lain yang membenarkan anda bekerja. Cuma namanya bukan visa@permit kerja.
.
Tips 3
Buat persediaan diri sebaiknya. Ambil tahu keadaan di sana.
a) Musim buah apa ? Di mana ? *ingat! Australia adalah 23x lebih luas dari Malaysia. JANGAN SESAT.
b) Musim apa ? Sejuk ? Panas ? Luruh ? Bunga ? Bawa pakaian yang sesuai. Jangan BEKU di musim sejuk.
.
Tips 4
Pastikan anda SUDAH ADA PLAN untuk mendapatkan kerja & tempat tinggal & pengangkutan samaada :
a) Pergi sana & pusing2 cari semua tu.
b) Contact kawan kat sana & minta tolong dia uruskan.
** sini la nak guna duit perjalanan tu.
.
Tips 5
a) JANGAN TINGGAL SOLAT 5 WAKTU
b) JANGAN MINUM ARAK
c) JANGAN GANGGU ORANG SANA
d) JANGAN MASUK KELAB MALAM
.
INGAT TUJUAN ANDA KE SANA !
.
.
Dok sedap bagi nasihat & tips ni, SIAPA SAYA ?
.
Saya Syakir. Dah hampir 2 tahun saya buat khidmat nasihat PERCUMA & menguruskan mereka yang TEKAD ke sana mencari rezeki. Saya membantu mereka2 untuk memastikan perkara no4 tu SETEL sebelum mereka terbang ke sana.
.
Kenapa saya buat ni ?
.
SEBAB saya xnak anda jadi macam mereka yang dok Whatsapp saya merayu minta tolong.
SEBAB saya nak anda betul2 faham hal ni sebelum buat keputusan.
&
SEBAB saya MAMPU.
.
.
Anda rasa saya PENIPU ?
Anda rasa saya nak MAKAN DUIT anda ?
Terima kasih kerana tidak membazirkan masa saya. Boleh saya guna untuk membantu mereka yang lebih memerlukan.
.
Anda NAK dengar penjelasan saya ?
Anda Nak saya bantu anda ?
BOLEH.
BACA SEMUA post2 saya di page ini & hubungi saya. InsyaAllah saya bantu sebaiknya.
.
En. Syakir
+6013 -XXXXXX
 2XXXXXX
8XXXXXX
8 XXXXXX
7XXXXXX
4XXXXXX
6XXXXXX
7XXXXXX
Shah Alam
**Jika ada apa2 bab yang saya terlupa bagi nasihat, boleh roger, nanti saya edit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan